
Kopi Pak Kadri telah berada di Alamanda, Putrajaya bersempena dengan Bowling Amal SIM 2008 bagi mengisi tabung Pendidikan Yayasan Pembangunan Nurhikmah pada 23 November 2008 bersamaan dengan hari Ahad. Sambutan daripada warga SIM yang hadir pada hari tersebut sangat menggalakkan.
Tokey di Warung Pak Kadri tersenyum memikirkan khasiat Kopi Pak Kadri atau mungkin sahaja penjualan hari ini yang menepati sasaran.
Pak Asyiem Songkok tersenyum lebar disamping Kopi Pak kadri.
Sokongan padu dari warga SIM yang lain amat dihargai. Semoga khasiat Kopi Pak Kadri akan terus dinikmati oleh semua warga yang ingin menjadi lelaki sepenuhnya.


Cik Bedah Kerepek tak lepas peluang mendapatkan Kopi
Pak Kadri untuk suami tersayang.
